Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali,
terdapat 40 kesalahan orang tua dalammendidik anak-anak. yaitu;
1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan
mengenai dzuriat ( Keturunan ).
2) Perhubungan suami isteri tanpa
memperhitungkan mengenai dzuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki dalam menegur kekhilafan anak-anak.
5) Tidak berusaha mevariasikan makanan yang
disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka
sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang akrab ketika
makan.
8 ) Membeda-bedakan kasih sayang terhadap
anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak mengantar-menyambut anak-anak ketika
mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep
keadilan.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran
anak-anak.
15) Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah
(piknik & olahraga) anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana
suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan
&minuman yang tidak halal.
18) Tidak memberi contoh tauladan yang baik di
hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan waktu untuk bergurau senda
dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu
bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang baik.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan
anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi
syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada
anak-anak.
26) Terlalu mengekang kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap
anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktivitas
anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan
anak-anak.
30) Tidak berminat melayani pertanyaan atau
kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah
fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Sering mengungkit sesuatu kesalahan yang dilakukan
oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan
yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang
dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman
kepada anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
40) Tidak menganjurkan anak-anak hidup
bekerjasama.
Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan
hubungan ibu bapanya
1. Jika si ibu memarahi anak, bapak DILARANG
membela anak sewaktu anak itu dimarahi. Begitu pula sebaliknya. Jika tidak,
anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak akan meniru
apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku
arahan/undang-undang, anak akan menjadi keliru arahan/undang-undang siapakah yg
patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg
terang2 ditunjukkan ibu bapa kepada anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan
MARUAH (harga diri ) dan MARTABAT orang yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang
rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada
yg backing.
2. Bapa DILARANG membentak/mengherdik/bertengkar
dengan Ibu di hadapan anak. Begitulah sebaliknya. Anak itu akan meniru tindak
tanduk ibu bapa.
3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak masak/makan
bersama, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak
dan ibu.
4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak
EmoticonEmoticon