Tips – 7 Langkah Bersahabat Dengan Al-Quran
Apabila menyebut Ramadhan apakah yang akan terbayang di benak kita?
Seringkali, apabila menyebut Ramadhan kita akan teringatkan puasa, dahaga, le

tih dan lapar. Pernah saya ditegur tentang persepsi seperti itu. Adalah satu gambaran yang kurang tepat.
Rasulullah SAW, para sahabat dan juga generasi salafusoleh meletakan satu gambaran yang cukup mulia tentang Ramadhan.
“Ramadhan adalah bulan Al-Quran.”
Apabila disebut tentang Ramadhan, ada ayat-ayat Al-Quran tentangnya, hadis-hadis tentangnnya atau juga taujihat tentangnya – pasti yang muncul dibenak mereka adalah bahwa Ramadhan sangat-sangat akrab dengan Al-Quran.
Ramadhan adalah bulan Al-Quran
30 hari dalam Ramadhan adalah hari-hari untuk menyambut, memuliakan dan menyantuni Al-Quran secara khusus, special dan berfokus. Bukan bermakna bulan lain tidak seperti itu. Tetapi, inilah cara bagaimana Allah SWT dan Rasulullah SAW mendidik kita untuk menyelami ruh Al-Quran secara fokus, mendalam dan penuh makna!
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda antara haq dan batil.”
( Al-Baqarah 2 : 185)
Kenapa Al-Quran?
Antara  kaedah terpenting, termudah, terkuat dan terbanyak dalam menyiapkan bekalan kepada para hamba-hamba Allah SWT ialah Al-Quran.
Ketahuilah, ia merupakan bakalan yang sentiasa menolong dan tidak aka nada habisnya!
Tentunya, kita tertanya-tanya – apakah cara yang terbaik untuk menyantuni, membaca, mentadabbur dan menelaah – atau lebih mudah, hidup bahagia bersama Al-Quran sepanjang Ramadhan?
Kita kutip ibrah, cara dan kehidupan para generasi terdahulu menyantuni Al-Quran sepanjang Ramadhan agar kita mampu bergerak, hidup dan beramal seperti mereka.

Langkah 1 – Niat kerana Allah SWT
Titik mula yang sangat penting, utama lagi mulia. Katakan dalam hati :
“ Aku ingin hidup bersama Al-Quran kerana Allah SWT”
“ Aku membaca dan menghayati Al-Quran ini untuk, kerana dan hanya kepada Allah SWT”
Ikhlas, jujur dan segala-gala untuk Allah SWT akan menjadi kekuatan kita untuk kekal istiqamah

Langkah 2 – Obati hati agar sentiasa bersih : Perbanyaklah istighfar!
Sungguh beruntung bagi jiwa-jiwa hamba yang suci, bersih, jernih dan putih. Ia adalah nikmat yang sangat berharga dalam kehidupan. Untuk merasa asyik, senanng dan bahagia bersama ruh Al-Quran, nafas kehidupan kita harus bersih daripada segala dosa-dosa.
Lantaran itu, mulakan dengan banyak memohon keampunan kepada Allah SWT.
“ Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami”
“ Ya Allah, ampunilah kami”
“ Ya Allah, ampunilah kami”

Langkah 3 – Berdamai dengan ruh Al-Quran ; Ilmu!
Belajar, tuntut ilmu dan amalkan semua ilmu tentang Al-Quran walaupun sedikit. Ilmu ulum Al-Quran, ilmu tajwid, ilmu sebutan huruf dan sebaiknya.
Cari ustaz, cendekiawan dan guru yang kita senangi, yakini dan percayai. Belajarlah daripadanya dengan niat yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan sentiasa membaca Al-Quran setiap hari!

Langkah 4 – Buat target dan sasaran untuk bacaan harian.
Setiap daripada kita berbeda dari kesanggupan, kemampuan dan kelebihan yang Allah SWT berikan. Ada yang begitu mahir membaca Al-Quran, ada yang sederhana dan ada juga yang lemah. Hal ini, tidak wajar untuk menjadi alasan kepada kita untuk tidak membaca Al-Quran dan rasa terbeban dengannya.
Namun, untuk bersahabat dengan Al-Quran – kita harus buat sasaran dan target harian untuk membaca, mentadabur dan menghayati Al-Quran.
Mungkin satu hari, satu halaman surat. Bagi yang sederhana, letakan dua halaman surat. Bagi yang mahir, mungkin lebih daripada itu. Yang pentingnya di sini ialah kita buat sasaran.
Begitu juga di bulan Ramadhan ini, buat sasaran untuk baca sebanyak mungkin Al-Quran agar kita boleh khatam 30 juz dengan baik.

Langkah 5 – Jangan tinggalkan walapun kita keletihan atau kesibukan.
Setiap waktu, kita sentiasa dihambat dengan berbagai kerja, aktivitas dan program kehidupan. Alasan -keletihan, kepenatan dan kesibukan – adalah lumrah ungkapan bagi siapa yang ingin melepas penat.
Dalam hal ini, untuk menjadi kita sebagai sahabat dan teman akrab Al-Quran – kita perlu mewajibkan Al-Quran sebagai agenda penting dalam kehidupan kita. Di mana saja, pada waktu luang kapan pun itu, kita set di pikiran dan jiwa kita perlu kepada Al-Quran!

Langkah 6 – Gunakan bantuan teknologi yang ada.
Dunia teknologi yang ada kita manfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan. Gunakan radio, audio Mp3 dan sebagainya untuk kita makmurkan indra pendengaran kita dengan lantunan Al-Quran.
Di rumah, di kantor dan di dalam kereta isi dengan ayat-ayat Al-Quran. Lama kelamaan, kita akan jatuh cinta dengan hiburan orang-orang soleh pada saat zaman ini.
Hanya Al-Quran memberikan ketenangan, kebahagiaan dan ketenteraman jiwa!

Langkah 7 – Sentiasa bersama Al-Quran!
Satu cara penting bagi kita yang bukan penghafal Al-Quran yang sentiasa memastikan kita sentiasa membaca mushaf Al-Quran ke mana saja kita pergi. Untuk memudahkan kita, kita bawa Al-Quran yang berukuran kecil.
Waktu luang yang ada kita – baca Al-Quran. Bahkan, di zaman canggih ini, kita boleh bawa Al-Quran melalui telepon genggam, laptop dan ipad kita. Kemudahan ini akan mendekatkan kita dengan Al-Quran tanpa batas!

 Ayolah, Saudara – Kita Perbaiki Hubungan Dengan Al-Quran
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebutkan nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”
( Surah Al-Anfal : 2)
Saudara-saudari budiman,
Bukankah ia sentiasa tersimpan rapi di rak-rak buku dan perpustakaan kita? Bukankah Al-Quran itu ada di sisi kita? Bukankah Al-Quran itu ada sentiasa ditangan kita?
Marilah saudaraku! Sekejap saja. Kita ambil sedikit waktu. Berwudhu dan menatapi lembaran mashaf mulia ini untuk kita rasakan suatu kemanisan jiwa yang tiada bandingan.
Manisnya iman.
Manisnya bersama Al-Quran
Manisanya bersama Allah SWT!

Wallahu’alam Bishowab






Previous
Next Post »