(Dari Bagian I)
Nabi Khidhir – 1
Satu lagi posting berhubung NabiyUllah Khidhir a.s., mudah-mudahan dengan menyebut nama baginda a.s. dalam bulan yang mulia ini kita akan dapat keberkatannya. Kebetulan aku baru dapat sebuah buku karangan Allamah Syaikh Muhammad al-Jazri dengan judul “al-Hisnul Hasin” ( الحصن الحصين ) yang diterjemah oleh Maulana Muhammad Rafeeq ibni Maulana Ahmed Hathurani dan diberi kata pengantar oleh Maulana Muhammad Taqi Usmani. Kitab asalnya memang aku kenali, tetapi aku tidak pernah memiliki dan mentelaahnya secara terperinci kerana aku merasakan bahawa ianya karangan berisikan doa dan zikir semata-mata. Rupa-rupanya tentang NabiyUllah Khidhir a.s. pun ada disebut pengarangnya pada halaman 228 di mana dinyatakan bahawa pada hari kewafatan Junjungan Nabi s.a.w., Nabi Khidhir a.s. telah menziarahi jenazah baginda yang mulia serta mengucapkan kata-kata takziah dan nasihat kepada para sahabat. Untuk lebih jelas, biar aku nukilkan semula apa yang disebut dalam buku itu, di bawah subtitle “Condolence of Sayyidona Khidr a.s.“:-According to the Hadeeth, the day Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) passed away, a powerful-looking, beautiful and handsome man with a white beard came leaping across the necks of people till he reached where the sacred body of Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) lay. He wept bitterly and turned towards the Sahabah (RA) and said the undermentioned words. Aboo Bakr (RA) and Ali (RA) said that he was Khidr (AS). The words are as follows:- “Surely, Allah alone grants patience in every misfortune and compensation for anything lost and substitute for anything destroyed. Return to Allah alone and flee towards Him only. In times of difficulty, His gaze is set on you (and He does not forsake you). Understand this because a genuinely unfortunate and miserable person is one who is not given any compensation for his misfortune.”
Sebagaimana yang kami jelaskan dalam posting-posting terdahulu berhubungan, isu berterusan hayat NabiyUllah Khidhir sehingga masa ini adalah masalah khilafiyyah ulama. Jika ada ulama yang menafikan hayatnya sekarang, maka ada ulama lain yang mensabitkannya. Jadi tidak perlulah isu ini dijadikan perdebatan tidak berkesudahan, dan yang lebih parah lagi yang membawa kepada saling menghina satu sama lainnya. Berhubung hadits mengenai ziarah dan takziah Nabi Khidhir ini, insya-Allah di lain posting kami akan nukilkan kalam ulama berhubung dengannya. Allahu a’laam.
مدد يا نبي الله يا الخضر عليه السلام
Nabi Khidhir a.s. – 2
Usul Al-Wushul. |
Ikhwah Fadhilatul Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim dalam bukunya “Usul al-Wushul” mukasurat 165 – 166 menyatakan:-
- Berkata Ibnul Jawzi, Ibnu Abi Ziyad, Abul Hasan ar-Rumaani, Muhammad bin Ishaq dan lainnya bahawasanya Nabi al-Khidhir adalah Nabi dan Rasul.
- Dan dinaqal al-Qurthubi, Abu Hayyan, al-Baghawi, Ibnu ‘Athiyyah dan ats-Tsa’labi dalam kitab-kitab tafsir mereka bahawasanya dia Nabi sahaja, dan mereka berkata bahawa inilah pegangan kebanyakan ahli ilmu dan inilah pandangan Sayyidina Ibnu ‘Abbas dan sebahagian sahabat.
- Adapun Abul Qaasim al-Qusyairi, Abu Bakar bin al-Anbaari, Abu ‘Ali bin Abi Musa dan jumhur ahli sufi atas pendapat bahawa dia adalah Wali iaitu seorang hamba yang sholeh, sebagaimana dinash dalam al-Quran.
- Dan dinaqalkan al-Maawardi bahawa dia adalah malaikat (yang berjasad dalam rupa bentuk manusia), akan tetapi al-Hafiz bin Abi Dihyah menyerahkan sahaja perkara ini dengan katanya: “Kami tidak mengetahui adakah baginda malaikat atau nabi atau hamba yang sholeh (yakni wali). Dan inilah pendapat jumhur ahli sufi.
- Dan yang ashah ialah bahawasanya baginda adalah nabi, wa Allahu a’laam.
(Ke Bagian III)
EmoticonEmoticon