Dzikirullah sambil menggerakkan kepala. |
Bagi orang awam yang tidak berthoriqah seperti di atas, mereka juga apabila berzikir, kebiasaannya dan pada umumnya, bergerak-gerak dan tergeleng-geleng kepala mereka. Sebenarnya semua ini punya sebab, alasan dan dalil. Antaranya ialah riwayat daripada Sayyidina Ali r.a. yang mensifatkan perlakuan para sahabat antaranya:-
فإذا أصبحوا فذكروا الله مادوا كما يميد الشجر في يوم الريح
"fa idza ashbahuu fa dzakarUllah maaduu kamaa yamiidusy syajar fi yawmir riih" yang bermaksud: "para sahabat apabila mereka berpagi-pagi mereka berzikrullah dalam keadaan bergerak (bergoyang) seperti goyangan pokok-pokok pada hari berangin." Perkara ini juga disebut oleh Mufti Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id Linggi dalam kitabnya "Faraa-idul Maatsir al-Marwiyyah lith Thoriqah al-Ahmadiyyah" di mana pada mukasurat 56 sebagai berikut:-
Al-Hafidz Abu Nu`aim meriwayatkan bahawa as-Sayyid al-Jalil al-Fudhail bin 'Iyyadh berkata:- "Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. apabila berzikir mereka menggerakkan badan condong ke kiri ke kanan seperti pohon kayu yang condong ditiup angin kuat." Inilah di antara cara berzikir untuk keterangan lanjut mengenai cara ini, hendaklah ia menggerakkan tubuh badannya condong ke sebelah kanan memulakan dengan perkataan nafi "La" (daripada ayat tahlil La ilaha illa Allah) di sebelah kanan kerana nafsu yang condong kepada kejahatan ada di sebelah kanan. Kemudian menyebut lafaz "Allah" ketika badannya condong ke sebelah kiri, supaya hati menerima segala cahaya dan rahsia lafaz "Allah".
Ustadz Muhibbul Aman Aly, pengasuh ruangan Istifta, Majalah Dakwah Bulanan terbitan Habib Taufiq as-Segaf dengan nama "Cahaya Nabawiy" dalam edisi 44 Th. IV Sya'ban-Ramadhan 1427H/September - Oktober 2006M telah ditanya mengenai dalil yang menjelaskan tentang cara membaca tahlil yang menoleh ke kanan dan ke kiri. Soalan tersebut dijawab:-
Sebenarnya tidak ada keharusan (peringatan: "harus" di sini mengikut pengertian bahasa Indonesia yang bererti "wajib atau mesti" dalam bahasa kita, jadi makna "tidak ada keharusan" ertinya "tidak ada kewajipan atau kemestian", fahami betul-betul jangan salah faham karang sosat jalan) menggerak-gerakkan kepada ke kanan dan ke kiri dalam tatacara membaca kalimat tahlil. Akan tetapi jika cara itu dapat menambah kekhusyu'an pembaca dalam menghayati makna kalimat, maka hukumnya sunnah. Sedangkan cara yang umum adalah menoleh ke kanan pada kalimah nafi (la ilaha) dan menoleh ke kiri pada kalimah itsbat (illaAllah). Cara ini berdasarkan riwayat hadits
- فتاوى الخليلى على مذهب الامام الشافعى .ص. 26.
(سئل ) فيما يفعله الناس من الميل والتحريك فى حال القرأة والذكر وشبههماكما هو مشاهد من جميع الناس هل لذلك أصل فى السنة أولا ؟ وهل هو حرام أو مكروه أو مندوب وهو يثاب عليه وهو ثبت أنه من التشبه باليهود أولا ؟ ( أجاب ) اذا تأملت قوله الله عز وجل:" الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم – آل عمران .101-وقوله تعالى:" والذاكرين الله كثيرا والذاكرات". -الأحزاب.25- مع آية كثيرة غيرهما ومع قول الأصوليين وعموم الأشخاص يستلزم عموم الأحوال والأزمنة والبقاع مع مالهم من الأمثلة الدالة على ذلك مع ما ورد فى تفسير الآيات المذكورة وغيرها, علمت أن الحركة فى الذكر و القرأة ليست محرمة ولا مكروهة بل هى مطلوبة فى جملة أحوال الذاكرين من قيام وقعود وجنوب وحرمة وسكون وسفر وحضر وغنى وفقر فقد أخرج ابن المنذر وابن أبى حاتم عن ابن عباس فى قوله :" اذكروا الله ذكرا كثيرا".يقول لا يفرض الله تعالى على عباده فريضة الا جعل لها حدا معلوما ثم عذر أهلها فى حال عذر غير الذكر فان الله تعالى لم يجعل له حدا ينتهى اليه ولم يعذر أحدا فى تركه الا مغلوبا إلى عقله.فقال: اذكروا الله قياما وقعودا وعلى جنوبكم بالليل والنهار فى البحر والبر فىالسفر والحضر فى الغنى والفقر والصحة والسقم والسر والعلانية وعلى كل حال – الى ان قال- فرب ذاكر ورب ذاكر متحرك.الحركة تذهب خشوعه فالسكون أولى, ورب ذاكر أو قارئ يستوى عنده الحالان فيفعل ما شاء و الله يهدى من يشاء الى صراط مستقيم, ولكل وجهة هو موليها فاستبقوا الخيرات.اهـ
Ada sebuah riwayat hadits yang artinya:- "Berkata Rasulullah s.a.w. kepada 'Ali kw.: "Dengarkan perkataanku tiga kali, kemudian tirukan tiga kali dan aku mendengarkannya". Lalu Rasulullah s.a.w. mengucapkan 'La ilaha illa Allah' tiga kali d
engan menoleh ke kanan pada kalimah nafi dan menoleh ke kiri dalam kalimah itsbat sambil memejamkan matanya.
Demikian juga tentang gerakan badan secara spontan yang biasa dijumpai pada saat berdzikir, hukumnya adalah boleh. Karena gerakan itu merupakan reaksi spontan yang wajar ketika perasaan sedang terbawa oleh bacaan dzikir. Lihat: Bariqoh Mahmudiyah juz IV hal. 139 - 140, Mausu`ah Yusufiah hal 175.
Wallhu'alam
EmoticonEmoticon